The Penita Initiative

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home > Daya Saing

Daya Saing

E-mail Print PDF

Maksud Sebenarnya Menjadi Sebuah Negara Maju

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri (ketika itu), Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" yang dikenali sebagai Wawasan 2020. "Wawasan 2020" yang menjadi visi serta misi negara kita. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.

Negara maju

Apakah sebenarnya "negara maju sepenuhnya?"

Adakah Malaysia akan meniru pembangunan negara-negara maju dunia?

Mampukah kita mencorak kemajuan secara tersendiri.

Tinjauan PENITA menunjukkan bahawa semua persoalan ini perlu dijawab dan didalami sepenuhnya. Proses pertama adalah memahami visi negara dan usaha mencapai visi ini. Negara kita kini giat melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). RMK-9 merupakan pelan pembangunan lima tahun pertama Negara yang bertujuan mencapai mencapai falsafah dan teras misi Wawasan 2020 supaya hasrat dan aspirasi Negara menyertai barisan negara maju menjelang 2020 akan tercapai.

Perancangan RMK-9 menekankan kepentingan meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi untuk berjaya dalam pasaran global yang semakin berdaya saing, Malaysia perlu beranjak daripada tahap ‘pembangunan pertengahan’ kepada ekonomi yang didorong oleh modal insan dengan:

• meningkatkan produktiviti, daya saing dan nilai ditambah aktiviti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang sedia ada

• menjana sumber kekayaan baru dalam sektor yang berintensifkan teknologi dan pengetahuan seperti ICT, bioteknologi dan perkhidmatan berasaskan

kemahiran

• mewujudkan pekerjaan baru dan meningkatkan peluang pekerjaan terutamanya dalam aktiviti berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan

• menggalakkan sektor swasta sebagai peneraju utama dan meningkatkan pelaburan sektor swasta dengan menyediakan persekitaran yang kondusif

untuk menjalankan perniagaan, meningkatkan pembangunan enterpris kecil dan sederhana, meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan

swasta serta menarik pelaburan langsung asing yang berkualiti tinggi

• memupuk budaya kecemerlangan dan prestasi tinggi dalam sektor awam dan swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan

• mengembangkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia.

Secara keseluruhan, usaha meningkatkan daya saingan Negara dilihat dalam tiga bidang iaitu sektor pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

Daya saing

Apa itu daya saing? Daya saing sebenarnya bergantung kepada kecekapan. Kecekapan di peringkat individu, organisasi dan di setiap peringkat kehidupan. Kunci kepada kecekapan dan daya saing tinggi adalah berdasarkan pengetahuan, perwatakan dan kemahiran yang gunakan untuk mencapai sesuatu.

Oleh itu, penekanan kepada pembinaan modal insan yang tinggi sememangnya penting. Keutuhan keupayaan individu merupakan asas kepada daya saing yang kukuh. Pelbagai sebab wujud mengapa keupayaan individu penting. Antara dua yang penting adalah keupayaan menangani perubahan dalam keadaan persekitaran dan keupayaan mengadaptasi kepada pembaharuan pembangunan.

Perubahan Persekitaran : Setiap hari di dalam pasaran dan tempat kerja dipenuhi dengan saingan, permintaan dan juga kepelbagaian perkhidmataan serta barangan yang ditawarkan. Semua ini menyukarkan sesuatu organisasi maupun perniagaan untuk dipisahkan. Berapakah organisasi menjalankan perkhidmataan yang sama? Oleh itu, ramai yang cuba memberi perkhidmataan yang lebih canggih atau mewujudkan persekitaran yang lebih mesra pelanggan. Inilah cara yang boleh membawa kelainan.

Pembangunan Organisasi : Daya saing bukan sahaja secara luaran tetapi juga secara dalaman. Dalam sebuat organisasi budaya kerja yang dipupuk dan dipaparkan penting. “Kerja berpasukan” dan kepentingan innovasi adalah antara daya saingan yang dipentingkan kerana dapaat secaara efektif meningkatkan imej organisasi. Ini tidak kira organisasi itu badan kerajaan, NGO ataupun perniagaan. Model bekerja yang membawa kepada kecekapan dan kecemerlangan adalah penting dan setiap warga kerja perlu memainkan peranan.

Oleh itu RMK-9 secara keseluruhannya dan ramai organisasi secara khususnya menekankan kepentingan meningkatkan kecekapan dengan :-

  1. Membina Kapasiti: tanpa membina kapasiti atau daya saing, keupayaan membuat keputusan dan perlaksanaan sebarang perancangan akan terjejas.

  1. Membina Institusi: sistem yang efektif adalah kemestian. Ia menunjukkan komitmen untuk meningkatkan daya saing.

  1. Penglibatan dan Koordinasi: penglibatan semua secara aktif juga saya keperluan dalam mencapai objektif dan visi organisasi dan Negara.

  1. ICT: Dunia hari ini adalah dunia ICT dan teknologi maklimat. Untuk meningkatkan daya saingan kebolehan menggunakan ICT juga menunjukkan kebolehan menerima pemikiran baru.

  1. Kukuh Integriti: setiap organisasi perlu berdiri teguh pada integriti. Ini penting kerana tanpa integriti, minda kelas pertama tidak mungkin tercapai sepenuhnya.

Kapasiti kukuh

Cabaran utama yang menentukan daya saing dalam dunia hari ini adalah keupayaan berkidmat. Usaha kebanyakan berdasarkan kualiti, samada barangan itu berkualiti ataupun perkhidmatan itu berkualiti. Semua ini adalah supaya daya saingan yang tinggi dapat menarik pelaburan dan keuntungan yang lebih. Sekali lagi keupayaan dan kapasiti ini bergantung kepada kecekapan.

Namun adakah kecekapan ini dan peningkatan dalam kapasiti ini benar-benar digunakan secara optima.

Selama lebih tiga dekad, dunia ini semakin tercemar dan pembangunan yang dipraktikkan semakin memburukkan keadaan. Model pembangunan kini berasaskan pulangan kepada modal iaitu capital-centred development approach. Pendorong utama adalah keuntungan kepada modal yang dilaburkan.

Semua keputusan dan proses membuat keputusan pembangunan juga dipengaruhi oleh pulangan bagi modal dan bukan semata-mata kerana ingin meningkatkan kebajikan dan nilai hidup masyarakat. Oleh itu, tidaklah hairan apabila segala usaha atau kerja yang tidak membawa pulangan kepada modal ditakrif sebagai tidak berekonomi seperti kerja suri rumah dan menjaga kebajikan keluarga.

Malah kepimpinan untuk sistem pembangungan ini berfokus kepada pembangunan ekonomi bukan pembangunan secara menyeluruh. Orang yang boleh membawa lebih wang adalah pemimpin yang baik.

Maka wujud keadaaan di mana generasi hari ini seolah-olah berlumba-lumba menggunakan semua sumber alam yang ada untuk meraih keuntungan. Malangnya dunia ini hanyalah satu dan tiada gantian. Contoh terbaik adalah pembalakan yang dijalankan terutamanya secara haram yang membinasakan alam sekitar dan membawa pencemaran.

Tsunami, ribut taufan dan kini perubahan suhu dunia semua berlaku ekoran pembangunan yang diamali yang tidak mesra alam dan juga manusia. Dunia masih mencari jawapan bagaimana sains dan teknologi dapat mengurangkan kemiskinan tanpa membawa kesan teruk kepada dunia kita. Namun kebanyakan teknologi yang diwujudkan yang berdasarkan keuntungan hanya membawa keburukkan.

Kes paraquat adalah satu contoh. Walaupun masyarakat tahu paraquat merbahaya bukan sahaja kepada alam tetapi juga manusia, namun ia masih digunakan. Di sini kita lihat bahawa keputusan dibuat bukan untuk kebaikan tetapi keuntungan. Mampukah pembuat keputusan berhenti sebenar dan melihat etika disebalik isu ini?

Debat ini amatlah panjang. Ramai menyatakan bahawa kita tidak mampu berpemikiran sedemikian kerana alam sekitar tidak diletakkan nilai. Udara dan air yang dibekalkan alam tidak dinilai wang ringgit.

Apakah kepentingan semua ini dalam memastikan daya saingan yang tinggi dan mantap?

Semua ini amatlah penting. Tanpa persekitaran yang bersih, kesihatan kita secara individu tidak akan terjamin. Keadaan kesihatan yang tidak sihat akan merendahkan produktiviti seseorang individu. Tanpa persekitaran yang bersih dan lestari, sebarang pembangunan itu hanya sementara. Ini kerana kos untuk mencari alternatif kepada perkhidmataan alam seperti udara dan air amatlah tinggi. Ini tidak termasuk kos untuk membersihkan keadaan pencemaran atau masalah ekoran pembangunan tidak terancang.

Contohnya, antara tahun 1991 sehingga 1993, sekumpulan saintis di Arizona, Amerika Syarikat telah menjalankan kajian dinamakan ‘Biosphere 2’. Kajian ini adalah untuk menyediakan oksigen bagi 8 orang selama tiga tahun. Hasil kajian mencatatkan bahawa kos yang diperlukan bagi proses ini telah menelan belanja hampir 200 juta dolar Amerika. Sebaliknya alam sekitar menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk 6 bilion penduduk dunia tanpa kos satu sen pun.

Renunglah apa akan terjadi kepada proses kehidupan sekiranya keupayaan alam menyediakan perkhidmatan ini digugat? Mampukah kita bersaing sekiranya asas kehidupan tidak wujud?

Membina institusi

Oleh itu, secara institusi samada kerajaan maupun perniagaan, ianya perlu dibina untuk melihat keadaan keseluruhan. Usaha dan komitmen membina institusi yang kukuh amatlah penting. Dalam keadaan dunia hari ini, usaha ini tidak berasaskan pembangunan lestari. Ini perlu diubahkan sekiranya hasrat Visi 2020 ingin kita capai.

Pelbagai cara dan usaha boleh dilihat dilaksanakan oleh Kerajaan seperti kempen Budi Bahasa, Pandang Ke Timur, Islam Hadhari dan sebagainya. Semua ini adalah bertujuan meningkatkan daya saing.

Sekali lagi semua usaha ini sekiranya tidak digandingkan dengan sistem yang membawa persekitaran yang baik tidak mungkin kukuh.

Sistem kehidupan perlu juga kukuh. Sekiranya kita mendalami asas kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan termasuk rekreasi serta kreatif kehidupan, ia adalah dalam satu kitaran. Cara hidup dalam putaran hidup ini tidak ada masalah sampah atau ‘waste’ dalam Bahasa Inggeris. Yang hidup akan mati. Yang mati adanya kegunaanya bagi menjamin putaran hidup alam sekitar.

Malangnya, fungsi ini dan putaran hidup alam sekitar kini dicabar dan mengalami satu perubahan besar. Pencemaran pelbagai jenis kini menyelubungi kehidupan. Sebagai contoh, satu kajian menghitungkan bahawa setiap penduduk di Amerika menjana lebih dari 1 juta paun bahan sampah setahun. Di Malaysia, menurut Alam Flora tahap penjanaan sampah masa kini yang lebih kurang 18,000 ton sehari. Renunglah masalah pelupusan sampah bagi seluruh dunia? Putaran hidup alam kini digugat dengan serius dengan sisa sampah sarap termasuk bahan-bahan toksid.

Dengan ini sistem kehidupan perlu dibina secara lestari. Integrasi ekologi akan membantu membina institusi keluarga, kerja dan masyarakat yang berdaya saing tinggi.

Integriti

Melalui institusi yang kukuh, segala usaha terhadap memastikan integriti dan kepercayaan yang penting bagi mengekalkan perhubungan serta menjamin perhubungan responsif dapat diusahakan dengan lebih berkesan.

Amnya, nafsu mencari keuntungan maksimum dalam ekonomi bebas telah melahirkan satu budaya pengguna komersial. Budaya pengguna komersial ini melalui iklan-iklan dan penguasaan media massa telah berjaya membina satu nilai materialisme dalam masyarakat hari ini. Kejayaan dalam kehidupan hari ini tidak lagi diukur mengikut jasa bakti dan budi pekerti seseorang tetapi dengan jenis kereta yang dipakai, rumah yang didiami, keahlian di dalam sesebuah kelab mewah dan harta benda yang dimiliki. Oleh itu, ada sesetengah yang tidak menghiraukan bagaimana kemewahaan ini diperolehi.

Nafsu ini tidak melambangkan keutuhan modal insan seseorang. Malah perkataan modal insan sendiri mendorong kepada keadaan ini di mana seseorang individu diukur dari segi modal dan kebolehan membuat keuntungan. Persepsi ini amat kuat. Pembangunan insan amatlah penting untuk menangani persepsi dan kepesongan ini.

Integriti hanya boleh dicapai dengan minda serta sikap kecemerlangan, pegangan etika yang luhur dan kepimpinan yang kukuh. Hanya dengan ini dapat kita sebagai sebuah negara mara dan membangun pembangunan yang dicorak sendiri. Pembangunan sebegini hanya mampu tercapai apabila kita melihat danmemahami kehendak masyarakat di samping memelihara alam sekitar.

Pembangunan lestari

Dalam menekankan pembangunan lestari, mengikut kajian SUSDEN Malaysia perlu memberi penekanan kepada ciri-ciri berikut:

  1. Keadilan Sosial membentuk satu sistem sosial yang adil dan saksama dalam masyarakat

  2. Keseimbangan Ekologi dan Ekosistem pembangunan yang mengambil kira alam sekitar dan sumber alam supaya tidak terpupus dan musnah

  1. Keberkesanan Ekonomi ekonomi yang tidak mengamalkan pembaziran dan mengamalkan sikap kepenggunaan bijak dan waras

 

  1. Bebas dari Segi Politik memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat, pandangan dan menggalakkan mereka mengambil bahagian yang aktif dalam membuat keputusan demi kepentingan bersama

  1. Beraneka Budaya mengiktiraf dan menerima semua budaya hidup masyarakat di Malaysia mahupun di dunia

  1. Kepuasan dari Segi Keagamaan setiap masyarakat bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.

Dengan ini impian bahawa “Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi” semenangnya mampu tercapai.

 
Banner

Wednesday, 22nd May, 2013

Polls

What is the state of women's voice today?