The Penita Initiative

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home > Sharifah Zuriah Aljefri

Sharifah Zuriah Aljefri

E-mail Print PDF

Yang bernama Zuriah 

Sharifah Zuriah Aljefri adalah satu nama yang sungguh istimewa. Keistimewaannya terletak kepada prinsipnya yang lantang menyuarakan hak-hak seorang wanita melalui pertubuhan Sisters in Islam (SIS) dan berkongsi isi hatinya melalui hasil seni ‘Chinese Brush Painting’.

Puan Sharifah Zuriah adalah diantara pengasas SIS yang telah ditubuhkan pada tahun 1988. Antara pengasas yang lain termasuklah Dr. Aminah Wadud, Salpiah Ahmad, Zaina Annuar, Noraini Osman dan Rashidah Abdullah. Misi utama pertubuhan NGO (Non-Government Organisation) ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang prinsip sebenar di dalam Islam. Ini termasuklah kebenaran, kebebasan dan tuntutan kesaksamaan hak lelaki dan wanita di dalam Islam.

Keperibadian Zuriah yang lembut namun lantang menyuarakan hak-hak wanita di dalam Islam amatlah dihargai oleh peminatnya di dalam mahupun di luar Negara. Dengan pengalaman yang meluas, beliau pernah dijemput untuk menyampaikan syarahan di University of South Australia dan pernah mengelilingi dunia untuk berkongsi pendapat bagi isu yang diketengahkan khususnya mengenai Islam dan hak-hak wanita dalam Islam. Bagi beliau, hanya dengan cara ini, lebih ramai orang memahami Islam.

Anak kelahiran Kedah ini telah mendapat pendidikan undang-undang di Inner Temple, London dan memiliki Diploma Perhubungan Awam dari Insitute Public Relations, Malaysia. Beliau banyak menyumbang bakti di tanahair dari segi undang-undang dan hak asasi. Beliau juga pernah bekerja di institusi perbankan negara namun minat Zuriah lebih kepada meningkatkan kesedaran hak-hak wanita islam di Malaysia. Apa yang lebih unik tentang Puan Sharifah Zuriah adalah mesej hak- hak wanita di dalam Islam jelas disampaikan di dalam seninya.

Chinese brush painting

Puan Sharifah Zuriah adalah juga merupakan pelukis melayu pertama yang mempelajari dan mempraktikkan Chinese brushstroke painting. Pada awal pembabitannya, Zuriah hanya mempraktikkan teknik Calligraphy di dalam seninya.

Akibat terlampau prihatin mengenai isu keganasan antara etnik yang berlaku di Bosnia, Puan Sharifah Zuriah telah menghasilkan The Bosnian Series. Melalui The Bosnian Series, beliau menyampaikan perasaan sedih, marah, kecewanya terhadap apa yang telah berlaku. Beliau tidak menafikan bahawa isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan tentang hak-hak mereka yang sering teraniaya seperti hak wanita atau kanak-kanak merupakan antara inspirasi hasil lukisan seninya. Ada antara hasil Zuriah, telahpun beliau dermakan kepada badan-badan kebajikan yang disokong oleh Zuriah. Antara pameran seni yang Zuriah turut terlibat adalah :-

 

Group exhibitions

1981 - Premier Exhibition by Malaysian Artists’ Association, University of Malaya, KL; Kedah Artist Exhibition of Paintings, Alor Setar, Kedah.

1985 - “Creative Women”, British Council, Kuala Lumpur;

1991 - “One World, No War”, City Hall, Kuala Lumpur; Open Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur;

1994 - “Belum Rainforest”, National Art Gallery, Kuala Lumpur; “Isu Bosnia”, Galeri Petronas, Kuala Lumpur;

1995 - Asian Watercolour ’95 , Bangkok, Thailand; “ Global Focus: Women In Art & Culture”, Fourth World Conference on Women, Beijing, China;

1997 - “Beautiful Malaysia”, Malmo Konstmuseum, Malmo, Sweden; “Oasis in a Storm”, Galeri Petronas, Kuala Lumpur; “Two Weeks in the Summer of Sweden”, Maybank Art Gallery, Kuala Lumpur;

1998 - “Our Heritage To Cherish”, Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur; “ APA? SIAPA? KENAPA?”, Kuala Lumpur; “Her Presence in Colours III”, Penang State Art Gallery;

2000 - The First Painting Biennial of the Islamic World, Tehran Museum of Contemporary Art, Iran; “From Around The World Muslim omen Artists”, Center of Asian Studies, St. John’s University, New York;

Solo

1978 - Sum Art Gallery, Kuala Lumpur

1982 - The British Council, Kuala Lumpur

1990 - Embassy of the United States of America, Kuala Lumpur

1991 - Bankers Club, Kuala Lumpur

1992 - BOSNIA, Istana Hotel, Kuala Lumpur

1993 - BOSNIA, Austria Centre, Vienna (NGO Forum to UN World Conference on Human Rights; BOSNIA, Students Union Building, University of North Carolina;

2002 - COLOUR OF THE WIND, Riddoch Art Gallery, Mt. Gambier, South Australia;

2003 - COMPASSION PEACE, JUSTICE/ AR-RAHIM, AS-SALAM, AL-ADL, Elle Six Art Gallery, Kuala Lumpur;

Pameran – Colour of the Wind

Antara pameran seni solo terkini dan dikatakan terbaik daripada Puan Sharifah Zuriah adalah ; Colour of the Wind. Colour Of the Wind yang jugamerupakan judul lagu yang dipetik dari filem animasi Pocahontas ini adalah sungguh simbolik baginya. Bagi mereka yang pernah menyaksikan filem animasi ini, pasti menyedari kaitan watak Pocahontas dalam perjuangan Zuriah.

Menurut Zuriah lagi, beliau amat tertarik dengan lirik lagu tersebut;

You think you own whatever land you land on

The earth is just a dead thing you can claim’

But I know every rock and tree and creature

Has a life, has a spirit, has a name…

Have you ever heard the wolf cry to the blue corn moon?

Or asked a grinning bobcat why he grinned

Can you sing with all the voices of the mountain?

Can you paint with all the colours of the wind?

How high does a sycamore grow?

If you can cut it down, then you’ll never know….

Di dalam Colour of the Wind, Zuriah mempamerkan After the Storm, satu gambaran kemusnahan alam akibat peri-laku manusia, Voices of the Mountain yang tercetus dari isu pengeboman Afghanistan sambil membayangkan gunung-ganang ciptaan Tuhan musnah akibat peristiwa berdarah itu. Di dalam Lotus pula, Zuriah cuba menerangkan bahawa kehidupan adalah seperti suatu perhubungan yang sering berkait antara satu sama lain. Secara kesimpulannya, Colours of the Wind cuba menyampaikan perutusan bahawa di dalam kehidupan, disebalik kesedihan dan kesengsaraan hidup masih tetap ada harapan untuk kegembiraan dan pembaikpulihan.

Pameran - Compassion Peace, Justice/ Ar-Rahim, As-Salam, Al-Adl

Pameran solo terkini Puan Sharifah Zuriah bertemakan Compassion Peace, Justice/ Ar-Rahim, As- Salam dan Al-Adl adalah berbeza dari Colours of the Wind. Puan Sharifah Zuriah mengagongkan sifat-sifat Allah s.w.t, iaitu Yang Maha Pengasih, Esa dan lagi Maha Adil. Menurut Puan Sharifah Zuriah, kita perlukan kejujuran dalam perhubungan dan bersikap adil dalam tingkah laku kita dalam menjalani kehidupan agar ianya diRahmati Tuhan. Tanpa sifat ini di dalam manusia, ia boleh mendorong ke arah sikap berat sebelah dan menggalakkan penindasan terhadap golongan yang lemah. Antara karya yang dihasilkan di dalam pameran ini adalah The Most Merciful, The Most Compassionate, Al-Adl, Ya Sin, God is Great dan Ar- Rahman.

Zuriah dalam Sisters in Islam (SIS)

Langkah awal bermula dengan hanya sebuah ‘study session’, kini SIS sudah memiliki hampir 58 orang ahli termasuklah 2 orang ahli lelaki yang percaya kepada hak- hak wanita di dalam Islam. Kini beroperasi dari ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, SIS juga menawarkan kursus-kursus , forum, study session kepada ahli-ahlinya.

Sewaktu berkongsi pengalaman, Puan Sharifah Zuriah telah menceritakan suatu cerita menarik di mana bagaimana beliau terbabit dalam memberi syarahan berkaitan tentang hak-hak wanita di dalam Islam. Puan Sharifah Zuriah telah menghadiri satu persidangan di Melbourne bersama temannya yang mengumpulkan ahli-ahli dari pelbagai Negara seluruh dunia dan berlainan kepercayaan. Setiap awal pagi, sebelum memulakan majlis, wakil dari setiap agama akan memulakan bacaan doa atau membaca hadis agama mereka namun ketika tiba giliran wakil dari wakil muslim dari agama Islam yang telah pilih tidak hadir. Apabila ditanya oleh pihak penganjur, wakil lain dari agama Islam, Puan Sharifah Zuriah dan temannya mengangkat tangan. Secara sukarela Puan Sharifah Zuriah telah menawarkan diri. Keberanian Zuriah ini tidak sia-sia apabila telah menerima pujian dari pelbagai pihak.

Bermula detik itu, Puan Sharifah Zuriah kini giat memberi syarahan dalam memahami Islam, status wanita di dalam Islam dan beliau telah mengambil bahagian dalam pelbagai lagi sessi dialog tempatan mahupun bertaraf dunia.Baru-baru ini, Puan Sharifah Zuriah telah dijemput untuk memberi ceramah ‘Hak-hak wanita di dalam Islam’ di Flinders University dan Hawke Centre, University of South Australia. Inilah dedikasi serta kegigiah beliau memperjuangkan kebenaran dan hak wanita dalam Islam supaya kefahamannya tidak terpesong maupun dipesongkan.

Zuriah di dalam kehidupan

Jelas bahawa Puan Sharifah Zuriah berperwatakkan lembut begitu disenangi ramai yang berkenalan dengannya. Kelembutan ini mencerminkan jiwanya yang amat sensitif terhadap isu-isu semasa. Sensitivitinya terlihat apabila merujuk kepada Bencana Tsunami yang telah melanda Asia Tenggara terutamanya Acheh. Titisan air mata pasti setiap kali mendengar dan melihat berita tentang bencana itu. Sifat Puan Sharifah Zuriah ini sememangnya dipuji dan harus dijadikan contoh bagi golongan belia di Negara ini. Mengenali Puan Sharifah Zuriah di dalam masa 2 jam ini sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga Puan Sharifah Zuriah terus kekal memperjuangkan kebenarannya dan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua.




 
Banner

Sunday, 26th May, 2013

Polls

What is the state of women's voice today?